Namun, ia tidak bermakna pengguna kekal menggunakan peranti mereka. Ini kerana, menurut Counterpoint Research, majoriti pengguna baharu Google Pixel 3 dan OnePlus 6T di Amerika Syarikat(AS) adalah bekas pengguna Samsung.
Secara lebih terperinci, 51% daripada pengguna baharu Pixel 3 adalah dari Samsung. Akan tetapi, 31% daripadanya adalah merupakan pengguna Samsung Galaxy S7 yang dilancarkan pada tahun 2016 lalu.
Bagi OnePlus 6T pula, 37% daripada pengguna baharunya adalah dari Samsung, di mana kebanyakan daripada mereka adalah bekas pengguna Samsung J2 Prime atau Galaxy S7.
Selain itu, bekas pengguna iPhone juga merupakan yang kedua terbanyak beralih kepada Pixel 3 dan OnePlus 6T merangkumi 18% daripada pengguna baharu Pixel 3 dan 16% pengguna baharu untuk OnePlus 6T.
Ini bermakna kurang daripada 20% pengguna baharu untuk dua peranti ini adalah bekas pengguna Android dan bukannya iOS.
Adakah ini menunjukkan bahawa pengguna iOS sudah berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Apple kepada mereka?
Bagi pengguna atau bekas pengguna iOS diluar sana, kongsikan pandangan anda bersama kami di ruangan komen.
Sumber: Counterpoint Research
Berkaitan
- iPhone 8 Bakal Memiliki Dwi-Kamera Dari LG Dengan Sokongan Fotografi 3D
- Bagaimana Untuk Saksikan Pelancaran Huawei P30 Secara LIVE- Dan Beberapa Info Yang Boleh Dipercayai
- Carta DxOMark Untuk Swafoto Pertama Dikeluarkan, Pixel 3 & Galaxy Note 9 Mendahului
- Bekas Eksekutif Bateri Samsung Sertai Apple, Dilantik Sebagai Ketua Pembangunan Bateri
- Lagi Info Mengenai Huawei P30 & P30 Pro Didedahkan Menjelang Pelancaran
- Model OnePlus Seterusnya Didakwa Bakal Hadir Dengan Simpanan Dalaman Berkelajuan Tinggi UFS 3.0
- Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite
- Kemaskini Terbaru iOS 12.1.4 & macOS Mojave 10.14.3 Sedia Untuk Dimuat Turun, Selesaikan Masalah Pepijat FaceTime
- iPhone 2019 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Pengecasan Pantas 18W Dari Dalam Kotak
- Samsung Mahu Patenkan Reka Bentuk Takuk Pada Telefon Pintar Mereka