Samsung Mengesahkan S-Pen Akan Menyokong Peranti Siri Galaxy S21

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan S-Pen akan menyokong peranti selain Galaxy Note iaitu siri Galaxy S21 yang bakal dilancarkan Januari 2021.

Terbaru, laporan daripada TM Roh melalui laman Samsung, beliau telah mengesahkan bahawa banyak peranti Samsung lain akan menyokong S Pen.

Ini menguatkan lagi terhadap spekulasi dimana siri Galaxy Note bakal ditamatkan pada tahun hadapan kerana peranti ini adalah satu-satunya siri yang menerima sokongan S Pen.

Tambahnya lagi, selain siri Galaxy S21, peranti boleh lipat Samsung seperti Z Fold (atau mungkin Z flip) turut menerima sokongan ini.



Di samping itu, S Pen akan disimpan di dalam bekas yang tersendiri berbanding sebelum ini dimana ia di simpan secara terus ke dalam peranti.

Roh juga mengatakan maklumat lebih lanjut akan dibentangkan semasa acara Samsung yang akan diadakan pada Januari kelak.



Selain itu, Samsung juga akan mengumumkan peranti Z Fold Lite pada tahun hadapan kerana mereka mahukan siri ini dapat dinikmati lebih ramai pengguna serta lebih mampu milik.

Berdasarkan maklumat ini, mungkin lebih banyak perkara menarik yang akan diumumkan Samsung dimana kita akan lihat nanti semasa pelancaran siri Galaxy S21.

Sumber: Samsung via