Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Mendedahkan Visi Pembangunan Capaian Teknologi 6G

Posted on Julai 23, 2020Julai 23, 2020

5G pun belum merasa lagi…

Samsung pada minggu lalu telah mendedahkan perancangan mereka untuk membangunkan capaian teknologi 6G.

Dalam laporan mereka yang bertajuk “6G The Next Hyper – Connected Experience for All” mendedahkan visi mereka bagi pembangunan teknologi 6G tempoh 10 tahun ini.

“While it is still quite important to work to ensure commercial success of 5G in coming years, we believe it is the right time to start preparing for 6G” Samsung.

Dalam visi itu, Samsung menyatakan bahawa era 6G perlu mencapai beberapa kunci penting sebagai benchmark teknologi tersebut.

Antaranya adalah capaian 6G perlu mampu mencapai kelajuan capaian muat turun data tanpa wayar sekurang-kurangnya 1,000Gbps.

Selain itu keupayaan bateri peranti juga perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari keupayaan bateri peranti yang ada ketika ini.

Garis masa perbezaan generasi tanpa wayar. Kredit: Samsung

Sungguhpun capaian teknologi 6G tidak akan hadir dalam masa terdekat ini, tetapi visi Samsung memberikan gambaran bahawa teknologi tersebut mampu dicapai serta usaha pembangunan teknologi ini juga sedang rancak dibangunkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress