Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Malaysia Buka Laman Pra-Daftar Minat Siri Galaxy Note 10

Samsung Malaysia Buka Laman Pra-Daftar Minat Siri Galaxy Note 10

Diterbitkan Ogos 5, 2019 · Dikemas kini Ogos 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Anda mungkin sudah disajikan dengan pelbagai khabar angin mengenai peranti flagship akan datang, Samsung Galaxy Note 10.

Model terbaru ini telah dijadualkan pelancarannya pada 7 Ogos (8 Ogos, 4 pagi waktu tempatan) ini dan menjelang hari pelancaran, Samsung telah membuka laman daftar minat  untuk peminat tempatan mendapatkan informasi awal mengenai peranti tersebut.

Samsung Malaysia Buka Laman Pra-Daftar Minat Siri Galaxy Note 10

Ura-ura setakat ini, Samsung Galaxy Note 10 dikhabarkan bakal membuang ciri bicu audio 3.5mm yang mana ia akan menggunakan penyesuai USB-C ke bicu audio. Gambar penyesuai tersebut sudah mula didedahkan sejak minggu lalu lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Note 10 ini boleh melakukan daftar minat dan sama-sama kita nantikan acara Unpacked yang berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY