Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy m11

Samsung Lancar Galaxy M11 – Paparan 6.4″ Infinity O, 5000mAh USB-C, Dan Tri-Kamera

Diterbitkan Mac 30, 2020 · Dikemas kini Mac 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Sekali lagi secara senyap Samsung melancarkan peranti terkini mereka, kali ini merupakan kelas permulaan iaitu Galaxy M11. Peranti ini telah dilancarkan oleh Samsung UAE dan disenaraikan dalam laman rasmi mereka. Peranti ini lebih mirip dengan Galaxy A11 yang telah diperkenalkan 2 minggu lalu dengan sedikit peningkatan spesifikasi.

Bermula bahagian hadapan, peranti dilengkapi dengan paparan Infinity 0 punch-hole berukuran 6.4 inci HD+ LCD. Peranti dijana oleh cip Snapdragon 450 serta pilihan memori 3GB/32GB dan 4GB/64GB. Juga terdapat sokongan kad microSD sehingga penambahan 512GB.

samsung galaxy m11

 

Galaxy M11 hadir dengan 3 lensa pada bahagian belakang dengan 13MP utama + 2MP depth +5MP sudut lebar. Untuk swafoto pula terdapat lensa 8MP. Peranti ini juga turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari konvensional pada bahagian belakangnya.

Samsung Lancar Galaxy M11 – Paparan 6.4″ Infinity O, 5000mAh USB-C, Dan Tri-Kamera

Terdapat 5,000mAh kapasiti bateri untuk janaan kuasa. Ia turut menyokong pengecasan 15W yang dicas melalui USB-C. Antara fungsi tambahan lain termasuklah sokongan dwi-sim, Bluetooth 4.0, dan juga bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, harga dan tarikh jualan peranti ini tidak diumumkan lagi.

Sumber: Samsung UAE

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY