Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung green line

Samsung India Tawar Ganti Skrin Percuma Untuk Isu ‘Green Line’ Bagi Model Terpilih

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Beberapa pengguna Samsung di India telah melaporkan masalah green line atau garis hijau yang muncul secara tiba-tiba pada skrin peranti mereka, terutamanya selepas kemas kini perisian. Untuk menangani isu ini, Samsung India kini menawarkan penggantian skrin percuma sekali sahaja untuk model terpilih yang terjejas.

Model yang layak untuk program penggantian percuma ini termasuk Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+, Galaxy S21 Ultra, Galaxy S21 FE, dan Galaxy S22 Ultra. Tawaran ini sepatutnya berakhir pada 30 September 2024, tetapi Samsung telah melanjutkannya sehingga 31 Disember 2024.

https://x.com/tarunvats33/status/1857321182657495540

Bagi pengguna yang menghadapi masalah ini, anda hanya perlu membawa peranti ke pusat servis rasmi Samsung di India untuk mendapatkan penggantian skrin.

Di Malaysia, ada juga program sebegini. Melalui tinjauan kami, ia tidaklah percuma. Sebaliknya, pengguna perlu membayar harga baik pulih jauh lebih murah, serendah RM90+. Walau bagaimanapun, program tersebut sudah tiada lagi tetapi sekiranya anda pengguna Samsung, boleh cuba ke pusat servis berhampiran untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Penggodam Didapati Sasar Pengguna Yang 'Google' Spesis Kucing Ini
  • Samsung Galaxy A16 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899
  • Meta Berdepan Kes Mahkamah FTC – Instagram & WhatsApp Mungkin Dipisahkan
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu

Sumber: SAMMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY