Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s24 ultra

Samsung Tawar Ganti Skrin Percuma Untuk Telefon Galaxy Dengan Isu Garis Hijau

Diterbitkan April 23, 2024 · Dikemas kini April 23, 2024 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, isu garisan hijau atau “lightsaber” pada peranti Samsung Galaxy memang cukup sinonim dalam kalangan pengguna.

Sejak ia menjadi semakin meluas, Samsung telah memperkenalkan program untuk penggantian skrin percuma sekali sahaja di beberapa pasaran. Sebagai contoh, Samsung India dilapor menawarkan penggantian skrin secara percuma untuk telefon Galaxy terpilih yang mengalami isu garisan hijau.

Berkaitan

  • Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan

Di India, Samsung menawarkan penggantian skrin percuma untuk Galaxy S20, Galaxy S21, Galaxy Note 20 dan Galaxy S22 yang terjejas dengan masalah garisan hijau. Dasar penggantian itu terpakai pada peranti yang dibeli dalam tempoh tiga tahun yang lalu, walaupun tempoh jaminan telah tamat.

Samsung India offers a ONE-TIME FREE SCREEN REPLACEMENT for select models(within 3 years of purchase) experiencing GREEN LINE issue, even if your warranty's expired!

Applicable Models:
•S20 Series
•Note20/Ultra
•S21 Series(Excluded FE)
•S22 Ultra(SM-S908E)

Repost to help pic.twitter.com/t1Au0zthlE

— Tarun Vats (@tarunvats33) April 21, 2024

Selain skrin, peranti yang terjejas juga layak untuk mendapat penggantian bateri dan kit percuma.

Bagi melayakkan penggantian skrin percuma, pengguna perlu membuat janji temu dalam tempoh yang diberikan. Sekiranya terlepas tarikh berkenaan, tidak jelas sama ada pengguna perlu membayar sendiri kos baik pulih atau ditetapkan pada tarikh baharu.

Di Malaysia, maklumat yang kami terima sebelum ini menyatakan terdapat juga program sedemikian.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan semakan daripada Samsung Malaysia menyatakan pihaknya mempunyai maklumat yang terhad tentang program itu. Bagaimanapun, pengguna disarankan untuk pergi ke Pusat Servis berdekatan jika mengalami masalah serupa.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cll0wts
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cll0wtu

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY