Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy Watch Active 2 Diumumkan Dengan Ciri Kawalan Pada Bezel Dan LTE

Posted on Ogos 6, 2019Ogos 6, 2019

Samsung Galaxy Watch Active 2 kini sudah diumumkan secara rasmi, enam bulan selepas model Galaxy Watch Active dilancarkan sekitar Februari lalu.

Rekaannya hampir sama seperti model pertama namun Galaxy Watch Active 2 ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm dengan paparan 1.2 inci serta 1.4 inci. Bingkai disekeliling peranti mempunyai jalur sentuhan sensitif, membolehkan pengguna pengguna menavigasi menu dalam paparan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=5WJD4XjYGTM

Versi terbaru ini turut dikemaskinikan dengan beberapa ciri pengesan kesihatan baru seperti penggunaan sensor ECG. Namun begitu, ciri ini tidak akan diaktifkan lagi dan perlu menunggu pengesahan daripada FDA terlebih dahulu.

Jam tangan pintar ini turut disediakan dengan Bluetooth 5.0, NFC serta GPS untuk aktiviti riadah tanpa perlu membawa telefon pintar.

Seperti jam tangan pintar Samsung yang lain, Galaxy Watch Active 2 menjalankan sistem operasi berasaskan Tizen dan sesuai digunakan pada peranti iOS serta Android. Ia akan mula dipasarkan pada 27 September kelak.

Spesifikasi Samsung Galaxy Watch Active 2

44mm

  • AMOLED 1.4 inci
  • Exynos 9110
  • Bateri 340mAh
  • Bluetooth 5.0, 4G LTE, WiFi, GPS
  • 5 ATM + IP 68
  • Storan 4GB
  • RAM 768MB, 1.5GB
  • Tizen 4 dengan One UI 1.5

40mm

  • AMOLED 1.2 inci
  • Exynos 9110
  • Bateri 247mAh
  • Bluetooth 5.0, 4G LTE, WiFi, GPS
  • 5 ATM + IP 68
  • RAM 768MB, 1.5GB
  • Tizen 4 dengan OneUI 1.5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress