Samsung Galaxy Watch3 Kini Lebih Kecil Dan Ringan

Pada acara Galaxy Unpacked yang berlangsung sebentar tadi, sejumlah peranti telah diperkenalkan secara rasmi dan salah satunya merupakan jam tangan pintar, Samsung Galaxy Watch 3.



Dari segi rekaan, ia 14% lebih nipis, 8% lebih kecil serta 15% lebih ringan berbanding model terdahulu. Samsung turut menjanjikan model dengan binaan Titanium, pertama untuk siri jam tangan pintar terbabit tetapi penawaran akan dibuat akhir tahun ini.

Paparan yang digunakan adalah dari jenis Super AMOLED dan dilindungi Corning Gorilla Glass DX. Terdapat dua variasi saiz iaitu 1.2 inci bagi model 41mm sementara 45mm pula menawarkan skrin 1.4 inci. Janaan kuasa pula dibekalkan dengan bateri 247mAh (41mm) dan 340mAh (45mm).

Memori pula disediakan dengan RAM 1GB serta storan 8GB. Cip pemproses pula menampilkan Exynos 9110 dua teras (1.15GHz) dan menjalankan Tizen OS dan menyokong ketahanan 5ATM.

Antara yang dimuatkan pada model terbaru ini adalah bezel yang boleh diputar, sokongan ECG (hanya untuk pasaran Korea Selatan), pemantauan tekanan darah (hanya untuk pasaran Korea Selatan), VO2 max, Sp02 serta pemantauan degup jantung.



Harga yang ditetapkan bermula dari $399.99 (~RM1677) dan $429.99 (~RM1803) bagi variasi Bluetooth manakala versi LTE pula dari $449.99 (~RM1887) dan $479.99 (~RM2012).