Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S7 Edge Sudah Mula Terima Kemaskini Android Nougat 7.0

Samsung Galaxy S7 Edge Sudah Mula Terima Kemaskini Android Nougat 7.0

Diterbitkan Januari 25, 2017 · Dikemas kini Januari 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Seminggu yang lepas, kemaskini Android Nougat sudah mula dikeluarkan secara global untuk model Galaxy S7 dan S7 Edge. Terbaru, kemaskini itu sudah mula diperolehi bagi pengguna Malaysia. Berita ini pasti sangat ditunggu-tunggu pengguna  model berkenaan kerana Android Nougat 7.0 membawa sedikit kelainan berbanding platform yang sebelumnya.

Antara ciri yang boleh didapati pada kemaskini ini adalah, penggunaan dua aplikasi pada masa yang sama. Untuk platform Nougat, Google secara rasminya menambah fungsi split screen mode yang menyokong multi-window. Selain itu, Nougat juga membantu pengguna untuk membalas mesej dengan lebih pantas. Sebagai contoh, jika anda sedang melayari internet menggunakan Chrome dan tiba-tiba mesej dari Whatsapp atau Messengger atau aplikasi pemesejan lain masuk, anda boleh membalas terus dari ruang notifikasi. Ini bermaksud, anda sudah menjimatkan masa kerana tidak perlu bertukar-tukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Fungsi ini tidak terhad hanya kepada aplikasi pemesejan sahaja kerana ia boleh juga digunakan pada Twitter dan lain-lain lagi.

Turut ditambah pada Android Nougat adalah butang batal muat turun. Pengguna tidak perlu lagi masuk ke dalam aplikasi PlayStore untuk membatalkan muat turun kerana dengan Android Nougat pengguna boleh menekan butang batal pada ruangan notifikasi. Mudah dan menjimatkan masa bukan?

Galaxy S7 Edge telah dilancarkan di Malaysia pada Mac 2016 dilengkapi dengan Android Marshmallow 6.0. Bagi pemilik yang tidak mendapat kemaskini secara OTA bolehlah menyemak secara manual dibahagian Settings->About Device. Pastikan memori storan anda cukup ketika memuat turun Android Nougat untuk mengelak masalah yang tidak dingini ketika proses kemaskini berjalan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY