Samsung Galaxy S10 Versi 5G Mungkin Akan Ada 6 Kamera

Keluaran siri Galaxy untuk tahun hadapan nampaknya semakin meriah dibualkan.

Perkembangan terbaru menyatakan model yang menyokong keupayaan 5G akan dilengkapi dengan sistem 6 kamera.

Laman Wall Street Journal dan ET News telah berkongsi maklumat yang menggambarkan sedikit spesifikasi awal bagi barisan peranti siri Galaxy akan datang.

Informasi awal yang dinyatakan adalah model dengan nombor kod SM-G970 (Galaxy S10) dengan paparan 5.8 inci, diikuti dua versi premium, SM-G973x  (5.8 inci) and SM-G975x (6.4 inci).

Model keempat yang juga versi 5G pula disebut sebagai Beyond X dijangka pelancarannya pada sambutan ulangtahun ke-10 siri Galaxy itu.

Diramal hadir bersama skrin bersaiz 6.7 inci, ia juga dikatakan akan diperkuatkan dengan sistem 6 kamera (4 belakang 2 hadapan).

Difahamkan juga lensa keempat pada Galaxy S10 itu adalah kamera Time-of-Flight (ToF) yang memberikan penderiaan 3D pada peranti.

Melaluinya, Galaxy S10 boleh menawarkan ciri bantuan sentuhan navigasi dan mencipta kemampuan Augmented Reality (AR).

Tambahan lain,ia juga disebut akan mempunyai ciri pengecasan wayar terbalik mungkin mirip atau lebih baik daripada apa yang terdapat pada Huawei Mate 20 Pro.

Sumber: World Street Journal dan ET News