Samsung Galaxy Note 9: S-Pen Diberi Nafas Baru

Selain membawakan ruang storan gergasi beserta kapasiti bateri yang mampu bertahan lama, Samsung Note 9 juga dilengkapi dengan sokongan S-Pen yang bersambung melalui ciri Bluetooth.



S-Pen umpama trademark bagi siri note kini tampil lebih baik dari biasa.

Bukan sekadar aksesori untuk menulis, Samsung menjadikannya ibarat alat kawalan jauh untuk Note 9.



Seperti yang disebut khabar angin, S-Pen terbaru ini mampu dijadikan alat kawal tangkapan gambar, alat kawalan untuk pembentangan bersama ciri DeX.

Tekan lama butang pada S-Pen, aplikasi kamera akan terbuka. Pengguna boleh tukar tetapan bagi tujuan buka aplikasi yang lain.

Oleh kerana keupayaannya dipertingkatkan, S-Pen memerlukan banyak kuasa. Untuk itu, dengan penggunaan super-capasitor, S-Pen dapat dicas ketika disimpan didalam telefon pintar. Cas dalam tempoh seminit dapat memberi masa penggunaan lebih kurang setengah jam.

[contact-form][contact-field label="Nama" type="name" required="true" /][contact-field label="Email" type="email" required="true" /][contact-field label="Laman Web" type="url" /][contact-field label="Pesanan" type="textarea" /][/contact-form]