Namun laporan mengatakan peranti Galaxy S9 tidak menunjukkan prestasi yang baik dari segi jualan berbanding Galaxy S8 sebelum ini dan terdapat cakap-cakap yang Samsung mungkin akan keluarkan siri Note mereka lebih awal.
Dengan sedikit fungsi baru yang diperkenalkan di dalam Galaxy S9, kebanyakkan pemilik peranti lama Galaxy S8 berpendapat tidak berbaloi untuk menaik taraf peranti mereka ketika ini.
Berita mengenai Galaxy Note 9 menjengah pasaran lebih awal adalah berpunca dari Samsung Display yang mahu memulakan proses pembuatan panel OLED untuk Galaxy Note 9. Jadual proses pembuatan masih awal untuk dipertimbangkan jika melihat jadual-jadual mereka sebelum ini.
Butiran tertiris mengenai peranti Galaxy Note 9 masih belum keluar secara meluas jadi berita mengenai peranti ini keluar lebih awal dari sepatutnya boleh dianggap sebagai tidak benar.
Setakat ini maklumat tertiris mengenai peranti ini adalah markah peranti di Geekbench yang tidak jauh prestasinya berbanding Galaxy S9. Ini kerana Note 9 bakal menggunakan cip pemprosesan yang sama seperti Galaxy S9.
Berkaitan
- Realme X2 Pro Disenaraikan Peranti Android Terbaik 2019
- Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599
- Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz
- Lenovo Legion Phone Duel 2 Rasmi Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM3,299
- Beli ROG Phone 5, Percuma Fon Telinga Bernilai RM499
- Lebih 10 Juta Siri HONOR 9X Terjual Di Seluruh Dunia
- Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G
- Samsung Mula Menjual Produk Audio Harman Di Korea Selatan
- Extension Plug Dengan USB Pada Harga Bawah RM90 Di Shopee
- eUFS Samsung Memberi Ruang Simpanan Telefon Pintar Anda Sehingga 512GB