Android Terbaik: realme X2 Pro Pemenang 2019
Dengan skor keseluruhan 46.76, realme X2 Pro telah mendahului dua lagi model Android iaitu Samsung Galaxy S10 Plus dan Xiaomi Mi 9. realme X2 Pro secara konsisten telah mendahului dari prestasi, audio dan bateri. Manakala Samsung Galaxy S10 Plus mendahului dari segi paparan dan kamera.
Android Terbaik: Bateri
Bagi kategori ini, realme X2 Pro bukan sahaja peranti dengan jangka hayat bateri yang panjang tetapi pada masa yang sama mempunyai pengecasan terpantas dengan 50W SuperVOOC Flash Charge. Dengan kapasiti bateri 4000mAh, ia adalah lebih dari cukup bagi penggunaan seharian untuk aplikasi, melayari internet dan video.
Android Terbaik: Prestasi
Dengan skor 100%, realme X2 Pro merupakan salah satu daripada tiga peranti paling berkuasa di pasaran pada tahun ini dengan Asus ROG Phone 2 (99.4%) dan OnePlus 7T (99.2%). Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855 Plus telah menguasakan ketiga-tiga peranti ini dan mungkin tidak mengejutkan jika hanya sedikit perbezaan antara peranti ini dari segi prestasi puncak.
Android Terbaik: Audio
Satu lagi pencapaian lain bagi realme X2 Pro ialah dengan skor teratas 99% menjadikannya Peranti Top 20 dengan Audio Cemerlang.
Model lain yang membuat skor yang sama adalah Redmi Note 7S dan LG G8X. realme XT juga tersenarai dengan skor sebanyak 95%. Semua peranti Android dalam senarai tersebut disenaraikan berdasarkan apa yang ditawarkan dan Android Authority mempertimbangkan sebagai audio "persepsi sempurna" bagi fon kepala.
Berkaitan
- Samsung Menambah Proses 11nm Dalam Portfolio Foundry Mereka
- HUAWEI Matepad Pro Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini
- Lenovo Lancarkan Dua Model Motorola, Moto G5S Plus Dan Moto X4 Di Malaysia
- Pembelian Telefon realme Lebih Berbaloi Di 4 Kedai Ini
- GSMA, Counterpoint, realme dan Qualcomm Akan Bersidang Membincangkan Ketersediaan 5G Untuk Global
- Permainan Simulasi Garena Fantasy Town Tiba Di Malaysia
- 'OG.Ana' Kembali Lagi Ke Arena Profesional
- Blackmagic eGPU Tambah Sentuhan Magis Kepada MacBook Pro
- HyperX Umumkan Tetikus Gaming Pulsefire FPS Pro RGB
- Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia