Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz

Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz

Diterbitkan April 28, 2021 oleh Wiser MY

Pada bulan Febuari lepas kita telah menyaksikan pelancaran telefon pintar mampu milik Moto G10 dan Moto G30.

Semalam Motorola melancarkan ahli baharu siri Moto G iaitu Moto G20. Moto G20 adalah peranti permulaan dengan skrin resolusi HD+ IPS LCD 6.5 inci.

Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz

Menariknya, peranti ini mempunyai bateri 5,000 mAh dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga didatangkan dengan sistem operasi Android 11 dengan antara muka My UX oleh Motorola.

Selain itu, ia di kuasa cip lapan teras Unisoc T700 dengan RAM 4GB serta storan 64GB yang boleh ditambah microSD.

Moto G20 dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP serta kamera swafoto 13MP.

Ia hadir dengan dua warna iaitu Breeze Blue dan Flamingo Pink. Peranti ini mula dijual di pasaran Eropah akhir minggu ini pada harga €149 (~RM738).

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY