HONOR merupakan antara jenama yang popular dan mendapat banyak tempat di hati pengguna rakyat Malaysia. Jenama ini telah melancarkan pelbagai produk merentasi pelbagai kategori termasuklah peranti pintar, komputer riba, jam pintar, fon telinga dan lain-lain lagi.
Antara produk yang mendapat sambutan tinggi adalah siri HONOR 9X yang terjual melebihi 10 juta unit di seluruh dunia. Ia merupakan pencapaian yang agak tinggi menandakan populariti siri peranti ini.
Terdapat 3 peranti dibawah siri ini iaitu HONOR 9X, 9X PRO, dan 9X Lite. HONOR 9X PRO dijana oleh cip Kirin 810 yang berkuasa, punyai sistem penyejukan, dan juga storan besar 256GB.

HONOR 9X pula peranti yang terawal dalam siri ini dilancarkan. Ia membawakan 4,000mAh bateri, skrin luas tanpa takuk 6.59 inci, serta storan 128GB.

HONOR 9X Lite pula merupakan peranti lebih mampu milik. Ia masih lagi mempunyai 48MP seperti abang-abangnya, skrin besar 6.5 inci, dan storan 128GB juga.

Kemudiannya adalah pasaran jam pintar di mana jenama HONOR berada pada tangga kedua di Malaysia. Jika dibandingkan di seluruh dunia, ia boleh dikatakan 5 teratas dalam negara negara lain seperti Russia, Republik Czech dan juga India.
Antara produk yang terbaharu diperkenalkan oleh HONOR adalah Magicbook 14. Ia merupakan sebuah komputer riba dengan spesifikasi yang berpatutan sesuai dengan harganya.

Terdapat 2 versi yang dipasarkan iaitu 8GB/256GB dan 16GB/512GB. Jika anda membeli varian 16GB/512GB, anda akan mendapat hadiah percuma jam pintar HONOR Magicwatch, beg galas, dan tetikus Bluetooth.
Sehubungan dengan itu, HONOR Malaysia sedang mengadakan jualan promosi produk HONOR Intelligent lifestyle sehingga 31 Julai ini. Terdapat banyak produk yang dipromosikan. Antaranya adalah siri HONOR 9X serta komputer riba HONOR Magicbook 14.
Untuk setiap pembelian produk, anda akan mendapat barangan percuma yang bernilai sehingga RM817. Maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman HONOR Malaysia rasmi di pautan ini.