Diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, peranti ini hadir dengan reputasi besar sebagai antara peranti utama untuk tahun ini. Bagi memenuhi standard yang diletakkan kepadanya, Galaxy Note 9 ini didatangkan cip Exynos 9810.
Selain itu, sama seperti peranti Note 8, Galaxy Note 9 juga hadir dengan skrin Super AMOLED dengan resolusi Quad HD+. Namun kali ini, Note 9 mempunyai skrin paparan bersaiz 6.4-inci.
Dari segi kameranya pula, peranti ini menggunakan gabungan lensa 12MP sudut luas serta 12MP telefoto. Kameranya juga hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal yang didakwa akan menghasilkan video yang lebih stabil tanpa gegaran yang ketara.
Galaxy Note 9 ini turut mempunyai pensijilan IP68 yang dianugerah selepas peranti ini lulus ujian rendaman selama 30 minit di dalam air pada kedalaman 1.5 meter. Fungsi mikroSD sehingga 512GB juga merupakan salah satu sokongan lain yang didatangkan bersama peranti ini.
Malah, peranti ini sendiri telah dilengkapi dengan dua pilihan simpanan dalaman yang besar iaitu 128GB(6GB RAM) dan 512GB(8GB RAM). Dari segi bateri pula, Note 9 bakal dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4,000 mAh.
Samsung Galaxy Note 9 ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 24 Ogos ini dengan harga yang disyorkan adalah pada RM 3,699 (128GB) dan RM 4,599 (512GB). Ia hadir dengan tiga variasi warna di mana Midnight Black dan Metallic Copper mempunyai S Pen dengan warna yang sama, manakala Ocean Blue dengan S Pen berwarna kuning.
Berkaitan
- Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik
- Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR
- #MWC2019 Nubia Alpha - Jam Tangan Pintar Yang Boleh Menangkap Swafoto Kini Dilancarkan
- Nokia N95 Bakal Membuat Kemunculan Semula
- Vivo Y50 Dilancarkan, Satu Lagi Pilihan Pada Harga RM1,099
- Sony A9 Tampil Garang Dengan Sensor Sebesar 24MP dan Keupayaan Shooting pada 20fps
- Foto Yang Didakwa Ditangkap Menggunakan Nokia 9 PureView Dipertontonkan Kali Pertama
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!
- Oppo R17 Pro Bakal Disokong Oleh Tri-Kamera Utama Dengan Fungsi Sama Seperti Galaxy Note 9
- Xiomi Redmi 4, Redmi Note 4 Dijangka Dilancarkan Hari Ini