Samsung Galaxy M51 Diperkenalkan, Hadir Dengan Snapdragon 730 Dan Bateri 7000mAh

Galaxy M51 merupakan penawaran peranti kelas pertengahan terbaru dari Samsung. Terkini, Galaxy M51 secara rasmi telah diperkenal melalui laman web Samsung Jerman.

Seperti yang dilaporkan pada minggu lalu, spesifikasi dan rekaannya telah pun tertiris. Dengan kemunculan di laman web tersebut, ia mengesahkan spesifikasi penuh yang dimuatkan pada Galaxy M51.

spesifikasi galaxy m51

Skrin paparan Galaxy M51 dilengkapi 6.7 inci Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ serta paparan berlubang yang diletakkan sensor kamera hadapan 32MP.

Dari segi memori, ia didatangkan dengan RAM 6GB dan 128GB storan. Menurut Samsung, peranti ini dikuasakan Snapdragon 730, namun tidak didedahkan nama cip tersebut. Galaxy M51 menjalankan OneUI berasaskan Android 10.

spesifikasi galaxy m51

Dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh, ia menyokong pengecasan pantas 25W. Peranti ini turut mempunyai sensor imbasan cap jari yang diletakkan pada butang kuasa.



Dimuatkan pada bahagian belakang Galaxy M51 adalah tetapan kuad kamera yang terdiri daripada 64MP utama, 12MP sudut lebar, 5MP makro dan 5MP depth.

spesifikasi galaxy m51

Galaxy M51 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Black dan White. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran Jerman melalui pra-tempah pada harga € 360.01 (~RM1790). Bagi pasaran Malaysia, masih belum diketahui tarikh pelancarannya.

Sumber: Samsung