Kini, penggantinya pula dikhabarkan bakal muncul iaitu Samsung Galaxy M31s yang turut sama dibekalkan dengan nilai bateri seperti diatas. Pelancaran peranti ini telah dijadualkan berlangsung pada 30 Julai ini dan sebelum ia berlangsung, spesifikasi utamanya telah pun diketahui.
Keluaran baharu tersebut dilihat membawakan spesifikasi seperti skrin paparan Infinity-O AMOLED, kuad kamera belakang diketuai oleh sensor 64MP dengan susunan seperti "L", RAM 6GB, pilihan storan 64GB atau 128GB.

Cip pemproses yang bakal digunakan adalah Exynos 9611 dan akan mengoperasikan sistem operasi Android 10. Bagi saluran kuasa kepada bateri pula , ia dikatakan menyokong pengecasan pantas 25W.

Ia juga akan menyokong pengecasan berbalik tetapi secara berwayar, sekaligus menjadikannya umpama powerbank untuk peranti lain. Harga jualan mungkin sekitar INR 20,000 (~RM1140). Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy M31 ditawarkan di Malaysia pada Mac lalu diletakkan pada nilai RM1099.
Sumber: GSMArena
Berkaitan
- Black Shark 2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM2499
- Ini Jawapan Balas Apple Berkaitan Isu Membuang Aplikasi Dari App Store
- Ujian Rintis Bike Hailing Akan Bermula Januari 2020 Selama Enam Bulan
- Redmi Note 8 Pro Dengan Snapdragon 730, Ada Atau Tidak? Ini Jawapannya
- Nothing Masuk Malaysia, Anda Boleh Menang TWS Percuma
- Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB
- Android Sebenarnya Dibangunkan Untuk Kamera Digital, Bukan Telefon Pintar
- Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Lembu Telah Diperkenalkan
- Anda Kini Boleh Baca Majalah Gila-Gila Dari Telefon Pintar
- Kini Anda Boleh Menghantar Pelbagai Jenis Fail Menerusi Whatsapp