Samsung Galaxy F41 Mungkin Akan Diperkenal Di Bawah Siri Baru Galaxy F

Berdasarkan khabar terkini, Samsung dilapor bakal mengumumkan siri baru Galaxy F seawal hujung September ini. Dengan nombor model SM-F415F, kemungkinan peranti pertama dari siri ini akan diperkenalkan sebagai Galaxy F41.



Galaxy F41 dijangka akan memfokuskan fotografi bersama model lain dalam siri Galaxy F. Menerusi laman Samsung India, ia memperlihatkan F41 akan hadir dengan skrin paparan bertakuk, tetapan tri-kamera, imbasan cap jari pada bahagian belakang serta bicu audio 3.5mm.

Galaxy F41

Manual pada laman itu turut memperlihatkan peranti ini akan dimuatkan dengan kamera sudut lebar. Dijangka kamera utama akan dilengkapi sensor 64MP.



Selain itu, manual tersebut turut menyatakan peranti ini akan menyokong pengecasan pantas melalui port pengecasan Type-C. Ia juga mempunyai slot kad micro-SD dan dwi-SIM.

Galaxy F41

Selain manual, Galaxy F41 telah melepasi penyenaraian Geekbench yang mendedahkan peranti ini akan dijana cip Exynos 9611 dengan RAM 6GB.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Samsung.

Sumber: Samsung via GSMArena