Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Thenerdmag A8s

Samsung Galaxy A8s – Peranti Pertama Dengan Rekaan Infinity-O

Diterbitkan Disember 11, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas digembar-gemburkan sejak beberapa minggu lalu, akhirnya Samsung sudahpun memperkenalkan peranti dengan rekaan Infinity-O pertama mereka, Galaxy A8s.

Model baru ini mempunyai panel skrin bersaiz 6.4-inci FHD+. Samsung tidak memaklumkan jenis panel skrin yang digunakan, namun ramai pemerhati berpendatan ia adalah skrin LCD.Samsung Galaxy A8s – Peranti Pertama Dengan Rekaan Infinity-OKamera swafoto pada skrin ini dilengkapi dengan lensa 24MP dengan bukaan f/2.0, manakala tri-kamera utamanya pula hadir dengan gabungan sensor utama 24MP f/1.7, lensa telefoto 10MP f/2.4 serta sensor khas kedalaman 5MP f/2.2. Sensor fizikal bagi imbasan cap jari juga terletak dibelakang peranti.

Di samping menambah “lubang” pada skrin paparan, Samsung juga telah membuang satu lagi “lubang” iaitu bicu audio 3.5mm. Ini membuatkan Galaxy A8s ini sebagai antara model terawal Samsung tanpa sokongan tersebut.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, peranti ini disokong oleh cip Snapdragon 710, pilihan memori 6GB/8GB dengan simpanan dalaman sebesar 128GB. Tidak cukup? Anda boleh menggunakan kad mikroSD sehingga 512GB.

Ia juga akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,400mAh serta dijalankan menggunakan Android 8.1 Oreo dari dalam kotak. Tiada maklumat samada peranti ini akan menerima Samsung One UI atau tidak yang dapat diperolehi.Samsung Galaxy A8s – Peranti Pertama Dengan Rekaan Infinity-O

Samsung Galaxy A8s ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, kelabu dan hijau. Ia boleh mula dipra-tempah pada 21 Disember nanti namun tiada maklumat mengenai harga yang diberikan.

 

Sumber: Phone Arena

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY