Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy lima kamera

Samsung Galaxy A72 Dijangka Hadir Dengan Tetapan Penta-Kamera

Diterbitkan September 26, 2020 ยท Dikemas kini September 26, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung kini dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintar dengan tetapan penta-kamera. Dijangka tetapan lima kamera itu akan ditawarkan pada Galaxy A72, yang merupakan sekuel kepada Galaxy A71.

Samsung Galaxy A72 Dijangka Hadir Dengan Tetapan Penta-Kamera
Galaxy A71 yang dilancarkan pada Januari 2020

Spesifikasi pada kamera Galaxy A72 mungkin hadir dengan 64MP utama, 12MP sudut lebar, 8MP telefoto dengan 3x optikal zum, 5MP makro dan 5MP depth. Sementara kamera swafoto pula dimuatkan dengan sensor 32MP.

Samsung mungkin menggunakan sensor 8MP telefoto 3x zum seperti yang terdapat pada Galaxy S20 FE yang dilancarkan pada baru-baru ini. Spekulasi sebelum ini turut mendakwa A72 akan menjadi yang pertama dalam siri-A yang akan mempunyai OIS.

Dalam pada itu, laporan turut menyatakan Samsung Galaxy A72 dijadual akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2021. Namun, tidak dimaklumkan dengan lanjut mengenainya.

Sumber: TheLec via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY