Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy a5g

Samsung Galaxy A42 5G Diumumkan – Snapdragon 750G, Skrin AMOLED, Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan Oktober 13, 2020 · Dikemas kini Oktober 13, 2020 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Samsung telah berkongsikan spesifikasi penuh Galaxy A42 5G. Kini, Samsung secara rasmi mengumumkan ketibaan peranti itu.

Galaxy A42 5G dilengkapi skrin paparan 6.6 inci AMOLED dengan resolusi HD+. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 750G yang digandingkan dengan RAM 4GB dan 128GB storan. Peranti ini turut menyokong penmabahan storan sehingga 1TB melalui slot kad microSD.

Di bahagian belakang peranti ini dimuatkan dengan tetapan kuad kamera yag terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Terdapat takuk kecil pada bahagian hadapan yang menampilkan kamera swafoto 20MP.

samsung galaxy a42 5g

Dari segi janaan kuasa, Galaxy A42 5G didatangkan dengan kapasiti bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 15W melalui kabel Type-C. Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Prism Dot Black, Prism Dot White dan Prism Dot Grey.

samsung galaxy a42 5g

Untuk pasaran United Kingdom, Samsung Galaxy A42 5G diletakkan pada harga £349 iaitu sekitar RM1891 dan akan tersedia pada November nanti.

Buat masa ini, belum diketahui bila peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Sumber: Samsung UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY