Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy

Samsung Dilaporkan Mahu Bawa Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Ke Siri Galaxy A (2021)

Diterbitkan Jun 9, 2020 · Dikemas kini Jun 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Teknologi pengecasan tanpa wayar merupakan fungsi unik yang banyak ditemui pada peranti mercu. Untuk jenama Samsung, ia telah ditemui sejak dari model mercu Galaxy S6 sehinggalah S20 yang terkini.

Namun kini, terdapat laporan mengatakan bahawa Samsung bakal membawa teknologi ini kepada siri kelas pertengahan Galaxy A pula. Tiada sebab spesifik dinyatakan namun mungkin ia adalah disebabkan pasaran kelas pertengahan yang terlampau kompetitif dan Samsung mahukan kelainan untuk barisan produk mereka.

Dikatakan Samsung kini sedang berbincang dengan pembekal teknologi ini iaitu Hansol Technics, Amotech, dan Chemtronics. 3 syarikat ini juga merupakan pembekal yang sama untuk modul pengecasan tanpa wayar dalam Galaxy S20.

Objektif Samsung adalah untuk mendapatkan pembekal dengan harga yang rendah sesuai dengan penawaran peranti kelas pertengahan. Teknologi ini kemudiannya akan dibawa ke tahun 2021 kelak untuk Galaxy A (2021).

Kelihannya, mungkin Samsung terkena impak iPhone SE yang turut memuatkan teknologi pengecasan tanpa wayar dalam peranti tersebut.

Sumber: The Elec

Beli peranti Samsung di:
Lazada: https://invol.co/clovig
Shopee: https://invol.co/clovik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY