Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dilapor Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Pop-up

Samsung Dilapor Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Pop-up

Diterbitkan April 27, 2020 oleh Amalina Athman

Tahun 2020 menunjukkan sudah tidak banyak peranti yang dilancarkan dengan kamera pop-up memandangkan lebih banyak jenama-jenama mula beralih kepada kamera punch hole.

Namun kini, Samsung dilapor sedang membangunkan peranti terbaru dengan kamera pop-up.

Samsung kamera pop-up

Melalui imej yang tertiris, ia menunjukkan kamera pop-up di bahagian hadapan, seperti beberapa peranti jenama lain yang terdapat di pasaran. Rekaan melengkung yang terdapat pada peranti ini pula menunjukkan ia mungkin hadir sebagai siri Galaxy A.

Selain itu, ia turut dijangka hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang, rekaan skrin penuh 6.5 inci  dan sensor imbasan cap jari terbina yang dipasang di belakang. Terdapat juga port USB Type-C di bahagian bawah dan rekaan tanpa bicu audio.

Dalam pada itu, peranti terbaru Samsung ini dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

Sumber: Pigtou

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY