Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dilapor Akan Jual Telefon Tanpa Kabel USB-C Dalam Kotak, Bermula 2023

Samsung Dilapor Akan Jual Telefon Tanpa Kabel USB-C Dalam Kotak, Bermula 2023

Diterbitkan September 2, 2022 ยท Dikemas kini September 2, 2022 oleh Amalina Athman

Dari semasa ke semasa, kita melihat penawaran aksesori dalam kotak pembelian telefon pintar yang semakin berkurang. Terdahulu, Samsung mula mengikut jejak langkah Apple dengan tidak lagi menawarkan kepala pengecas dalam kotak pembelian peranti andalannya.

Berkaitan

  • Samsung Padam Iklan Perli Apple Mengenai Kepala Pengecas
  • Samsung Galaxy S21: Tiada Pengecas, Tiada Fon Telinga, Hanya Kabel Sahaja
  • Samsung Galaxy A73, A53 Dan A33 Rasmi - Tiada Pengecas, Harga Permulaan RM1499

Terbaharu, tidak hanya kepala pengecas, Samsung kini dilaporkan akan menjual telefon tanpa menyertakan kabel USB-C dalam kotak pembelian. Menurut sumber dari Korea Selatan, gergasi teknologi itu dijangka akan membuang kabel dalam kotak pembelian telefon daripada siri Galaxy A, bermula seawal 2023.

Dalam pada itu, menyedari perubahan iklim ketika ini dan bagi menjaga alam sekitar, Samsung juga dikhabarkan mengambil inisiatif untuk menggunakan bahan kitar semula pada produk Galaxy akan datang dan mengeluarkan sepenuhnya bahan plastik daripada kotak bungkusan menjelang tahun 2025.

Mengimbas kembali, Samsung mula membuang kepala pengecas bermula siri Galaxy S21. Pada tahun ini, syarikat itu juga tidak lagi menyertakan kepala pengecas bagi jualan peranti seperti M53, A23, A53, A33 dan A73.

Sumber: it Chosun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY