Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Dijangka Perkenal Siri Galaxy S22 Awal Februari Ini

Posted on Januari 11, 2022

Minggu lepas, Samsung secara rasminya menawarkan Galaxy S21 FE buat peminatnya. Namun, mungkin ada yang dah hilang minat dengan peranti edisi peminat tersebut. Tidak mengapa, siri Galaxy S22 ada.

Menurut DDaily Korea, mereka mendakwa bahawa Samsung mengesahkan tarikh pelancaran bagi siri Galaxy S22 yang mana acara Galaxy Unpacked bakal diadakan pada 8 Februari.

Namun begitu, laporan tersebut mungkin benar kerana Jon Prosser sebelum ini juga meramalkan tarikh yang lebih kurang sama, iaitu awal Februari.

Pada masa yang sama, mereka juga mengatakan pra-jualan siri Galaxy S22 akan bermula 9 Februari. Sementara jualan rasmi adalah pada 24 Februari.

Bagaimanapun, masih belum diketahui varian apakah yang akan dipasarkan di Malaysia nanti. Adakah Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200.

Sumber: DDaily Korea

Baca juga:

  • Siri Samsung Galaxy S22, Tiada Pengecasan 66W Tapi Ada S Pen

  • Memang Cerah, Paparan Galaxy S22+ Dan S22 Ultra Capai 1750 nits

  • Peminat Galaxy S22 Tak Perlu Kopak Tabung, Harga Sama Dengan Galaxy S21

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress