Tidak lama lagi, kita akan beralih kepada tahun 2022. Oleh itu, peminat Samsung mungkin tidak sabar lagi untuk pelancaran produk terbaru iaitu Samsung Galaxy S22 yang akan dilancarkan pada Februari 2022.
Kini sudah banyak tirisan mengenai telefon pintar tersebut berlegar-legar di media sosial dan antara tirisan tersebut adalah mengenai skrin. Seperti biasa, Galaxy S22 akan menggunakan skrin AMOLED. Saiz dan keterangan skrin adalah seperti berikut:
- Samsung Galaxy S22: 6.1 inci, 1000 nits (peak 1300 nits)
- Samsung Galaxy S22+: 6.6 inci, 1200 nits (peak 1750)
- Samsung Galaxy S22 Ultra: 6.8 inci, 1200 nits (peak 1750)
Tidak ketinggalan juga dengan kapasiti bateri dan watt pengecasan bagi setiap peranti siri ini. Malangnya, Samsung masih tidak lagi menyertakan pengecasan pantas 66W untuk model kali ini. Huraiannya adalah seperti berikut:
- Samsung Galaxy S22 : 3,700 mAh (pengecasan pantas 25W)
- Samsung Galaxy S22+ : 4,500 mAh (pengecasan pantas 45W)
- Samsung Galaxy S22 Ultra : 5,000 mAh (pengecasan pantas 45W)
Untuk spesifikasi kamera pula, S22 dan S22+ akan menggunakan spesifikasi kamera yang sama iaitu :
- Kamera S22 dan S22+: 50MP (utama), 12MP (ultra lebar), 10MP (telefoto) dan 10MP (swafoto)
- Kamera S22 Ultra: 108MP (utama), 12MP (ultra lebar), 2x 10MP (telefoto) dan 40MP (swafoto)
Dari segi binaan pula, siri S22 terbaharu ini akan menggunakan kaca jenis anti-cap jari dengan perlindungan 12.5% lebih baik daripada model sebelumnya.
Apa yang menarik untuk model S22 ini adalah, dikatakan bahawa Samsung akan membawakan warna baharu iaitu ‘Pink Gold’ untuk model S22, dan hijau, merah dan ‘Turkish pink‘ untuk S22 Ultra selain akan membawa semula penggunaan S pen.
Sumber: LetsGoDigital