Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
s21 fe box

Samsung Galaxy S21 FE Serendah RM2,899 Tapi Tak Guna Snapdragon

Diterbitkan Januari 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Baru saja semalam Samsung Malaysia mendedahkan Samsung Galaxy S21 FE melalui video pendek yang dikirim mereka di setiap laman sosial.

Hari ini, melalui laman sesawang rasmi Samsung Malaysia, Samsung Galaxy S21 FE telah tersedia dalam dua pilihan storan, 128GB dan 256GB dan kemasan matte untuk 4 warna; Graphite, Olive, Lavender dan White.

s21 fe colors

Dikuasakan Exynos 2100 binaan 5nm untuk pasaran luar Amerika Syarikat, ia menyokong pengecasan pantas berwayar 25W, 15W wayarles serta pengiktirafan IP68. Baterinya pula sebesar 4,500mAh.

Untuk paparan, ia hadir dengan skrin rata Dynamic AMOLED 2X FHD+ bersaiz 6.4 inci dengan 120Hz. S21 FE ini mempunyai tetapan kamera 12MP f/1.8 utama, 12MP f/1.8 ultra lebar dan 8MP f/2.4 telefoto dengan sokongan OIS. dan 3x zum optikal.

Kamera swafoto yang terletak pada takuk rekaan punch-hole pula sebesar 32MP.

camera s21 fe

Menjalankan Android 12 terus dari kotak, Samsung Galaxy S21 FE 5G ini dijual pada harga RM2,899 bagi storan 128GB, dan RM3,099 bagi storan 256GB.

Ia dijangka mula dijual di laman sesawang Samsung mulai esok.

Sumber: Lowyat

Baca juga:

  • 3 Telefon Unik Yang Pernah Samsung Keluarkan
  • Memang Cerah, Paparan Galaxy S22+ Dan S22 Ultra Capai 1750 nits
  • Peminat Galaxy S22 Tak Perlu Kopak Tabung, Harga Sama Dengan Galaxy S21

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY