Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy S22

Memang Cerah, Paparan Galaxy S22+ Dan S22 Ultra Capai 1750 nits

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Adakah anda berasakan bahawa telefon pintar yang sedang digunakan masa sekarang sudah cukup cerah? Tidak.

Hal ini kerana telefon akan datang Samsung, iaitu Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra dikatakan mencapai tahap kecerahan yang amat tinggi.

Menurut SamMobile, kedua-dua model tersebut sememangnya menerima penambahbaikan dari segi paparan berbanding pendahulunya.

Mereka menyatakan bahawa Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra mempunyai kecerahan maksimum sehingga 1750 nits. Selain itu, paparan AMOLED standardnya pula hadir dengan kecerahan 1200 nits.

Memang Cerah, Paparan Galaxy S22+ Dan S22 Ultra Capai 1750 nits

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra sebelum ini masing-masing mempunyai tahap kecerahan maksimum 1300 nits dan 1500 nits.

Jangan keliru, kecerahan maksimum atau peak brigthness ini hanya dicapai apabila mod auto diaktifkan dan peranti berada di persekitaran yang amat cerah. Contohnya di bawah sinaran matahari.

Mengimbas kembali, Samsung sebelum ini juga telah memperkenalkan sebuah panel OLED baharu yang mana boleh mencapai tahap kecerahan sebegitu.

Sumber: sammobile

Baca juga:

  • Peminat Galaxy S22 Tak Perlu Kopak Tabung, Harga Sama Dengan Galaxy S21

  • Mungkin Ini Harga Bagi Telefon Samsung Galaxy S21 FE

  • Bekas Pekerja Samsung Mengatakan Ini Rupa Galaxy S22 Dan S22 Plus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY