Tahun baharu, telefon pun baharu. Samsung? Seperti biasa barisan siri S akan mengemudi model-model telefon andalan dari jenama lain.
Dengan pelancaran Galaxy S22 sebagai model terkini siri S, sudah tentu ramai yang menjangkakan harga yang tinggi perlu dibayar untuk memiliki telefon terbaharu Samsung ini.
Namun begitu, kekal tenang brother. Menurut laporan dari Sammobile, Galaxy S22 boleh jadi akan dipasarkan sama harga dengan Galaxy S21. Berita ini lebih dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat yang mana menyatakan Galaxy S22 akan kekal dijual pada harga $800 – harga yang sama S21 sebelum ini.
Melihat kepada pasaran tempatan, siri Galaxy S21 dijual bermula RM3,699. Mengaitkan dengan ura-ura tadi, berkemungkinan besar pengguna Malaysia boleh melihat harga jualan yang sama, atau bernasib baik, harga lebih rendah daripada itu.
Tetapi ini adalah sekadar ura-ura sahaja ya. Bukannya fakta. Kalau nak tunggu fakta, boleh tunggu pelancaran rasmi Galaxy S22 pada awal Januari 2o22 nanti.
Sumber: Sammobile
Baca juga:
- Ini Dia Telefon Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 1
- Bekas Pekerja Samsung Mengatakan Ini Rupa Galaxy S22 Dan S22 Plus
- Anda Boleh Ketahui ‘Spare Parts’ iPhone Asli Atau Tidak Melalui iOS 15.2