Samsung Dan LG Tidak Perlahankan Telefon Pintar Model Lama

Berikutan permohonan maaf Apple yang sengaja memperlahankan prestasi iPhone model lama bagi mengelakkan kerosakan pada komponen elektronik, syarikat pengeluar yang lain turut tampil memberi kenyataan masing-masing.

HTC dan Motorola sudah mengesahkan bahawa mereka tidak melakukan perkara sedemikian terhadap peranti lama dan kini ia disusuli oleh dua lagi gergasi telefon pintar iaitu, Samsung dan LG.

LG dalam kenyataan mereka kepada laman Phone Arena menegaskan bahawa mereka tidak pernah dan tidak akan melakukan perkara tersebut serta menambah, mereka memikirkan perasaan pengguna.

Samsung pula menyatakan kualiti produk sentiasa menjadi keutamaan syarikat itu. Dengan pelbagai ujian dilakukan keatas bateri, ia menjamin jangka hayat yang lebih panjang. Mereka juga tidak menurunkan prestasi CPU telefon lama menerusi kemaskini.

Sumber: Phone Arena