Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Bersedia Untuk Bekerjasama Dengan Google Dalam Membangunkan Kecerdasan Buatan

Samsung Bersedia Untuk Bekerjasama Dengan Google Dalam Membangunkan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan Januari 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memetik berita dari Mobilesyrup, Timbalan Presiden Komunikasi Mudah Alih Samsung, Lee Kyeong-tae berkata, Samsung bersedia untuk bekerjasama dengan Google dalam membangunkan kecerdasan buatan. Malah beliau menekankan bahawa kedua-dua syarikat tersebut perlu berganding bahu dalam memastikan kecerdasan buatan mendapat perhatian dalam pasaran arus perdana dunia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Samsung sedang bersiap sedia untuk melancarkan model Galaxy S8 yang mana ia dipercayai dilengkapi dengan ciri pembantu maya, Bixby. Google sebelum ini juga mengeluarkan telefon pintar, Google Pixel, dengan keupayaan pembantu maya yang dikenali sebagai Google Assistant. Dalam kenyataan tersebut, Lee Kyeong-Tae turut menambah, Samsung bercadang mahu mengintegrasikan perisian kecerdasan buatan kedalam pelbagai produk keluaran mereka seperti TV, tablet dan juga komputer.

Walaubagaimanapun, Google masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perkara tersebut. Laman Mobilesyrup membayangkan bahawa Google sedikit sebanyak pasti terkesan dengan pengeluaran pembantu maya dari Samsung dan dalam masa yang sama syarikat pengeluar telefon dari Korea Selatan itu menggunakan sistem operasi Android.

Sumber: MobileSyrup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY