Dijangka akan hadir dipasaran pada tahun hadapan.
Kilang pengeluaran cip pemprosesan Samsung, Samsung Foundry dilaporkan telah memperoleh kelayakan pengesahan dari pihak Cadence dan Synopsys bagi mengilangkan cip pemprosesan 5nm yang berkuasa rendah.
Proses pengilangan cip tersebut bakal menggunakan teknologi extreme ultraviolet lithography (EUV) bagi membangunkan reka bentuk cip yang berprestasi dan cekap tenaga.
Penerimaan sijil pengesahan tersebut bermakna peralatan bagi mengilangkan cip tersebut telah memenuhi keperluan yang diperlukan oleh Samsung Faundry.
Malah dengan menggunakan peralatan tersebut, mereka mampu membangunkan cip yang mencapai kuasa optimum, berprestasi serta dapat memanfaatkan penggunan ruang (PPA) sepertimana yang dijanjikan oleh teknologi 5LPE (5 nm low-power early).
Cip pemprosesan 5nm Samsung itu dijangka akan memberikan sehingga 25% kecekapan logik, meningkatkan prestasi sehingga 10% serta penjimatan pengunaan tenaga sehingga 25%.
Juga dilaporkan bahawa proses 5LPE yang baru ini akan menggunakan lapisan EUV yang lebih banyak daripada proses 7LPP. Proses pengilangan itu dijangkan akan dibuat dikilang Samsung EUV yang terletak di Hwaseong, Korea Selatan.
Kos peralataan bagi produksi cip pemprosesan itu pula dianggarkan sekitar USD4.615 bilion dan akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Pengeluaran sepenuhnya akan bermula pada tahun 2020 akan datang.
Sumber: AnandTech
Berkaitan
- Ini Senarai 10 Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir 'Samsung Malaysia Solve For Tomorrow 2023'
- Samsung Pertontonkan Paparan 8K Bersaiz 583 Inci Di ISE 2020
- Samsung Bakal Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat Eksklusif Warna Emas Di China
- Galaxy Buds2 Pro Dan TV Pintar Samsung Terima Kemas Kini Perisian
- Ini Cara Aktifkan Dan Senarai Peranti Yang Menyokong Samsung Pay Di Malaysia
- Samsung Perkenal 2 Model Monitor Pintar Baharu, Harga Dari RM2,788
- Samsung Akan Melepaskan Kemas Kini Minggu Depan Bagi Menangani Isu Imbasan Cap Jari
- Samsung Galaxy Membuatkan Kami Lebih Gembira Berbanding iPhone - Pengguna A.S
- Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
- Iklan Samsung Galaxy Memperolok iPhone Memakan Diri