Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Beri Bayangan Nama, Tarikh & Harga Bagi Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat Mereka

Posted on November 13, 2018

Semasa acara Persidangan Pembangun Samsung(SDC 2018) minggu lepas, mereka telah memperlihatkan telefon dengan skrin boleh lipat pertama ke khalayak ramai. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai harga, nama dan tarikh pelancaran diumumkan ketika itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini muncul satu laporan berkenaan tiga perkara tersebut. Menurut sumber, peranti yang mungkin digelar Samsung Galaxy F itu akan dilancarkan bersama model Samsung Galaxy S10 5G pada bulan Mac tahun hadapan.

CEO Samsung Mobile, DJ Koh mengesahkan mereka akan mengeluarkan satu juta unit model berkenaan pada pengeluaran pertama. Agak mengejutkan apabila peranti tersebut akan dipasarkan pada harga $1,700, lebih mahal daripada iPhone XS Max($1,500).

Akan tetapi, perkara ini masih lagi diperingkat awal perbincangan. Harga pasaran dan tarikh pelancaran rasmi mungkin berbeza daripada apa yang dilaporkan ketika ini.

 

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress