Samsung Beri Baucar Bernilai Sehingga RM50,000 Sempena Super Brand Day Di Shopee

Meneruskan tradisi seperti tahun lalu, Samsung kini mengumumkan Super Brand Day di Shopee yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Julai 2020. Melaluinya, pengguna akan menikmati beberapa tawaran peranti dan perkakasan rumah dari syarikat pengeluar itu.



Samsung pada tahun ini turut menawarkan kepada pengguna secara eksklusif tawaran bundle dan baucar tambahan untuk menikmati diskaun. Selain itu, pengguna berpeluang menerima hadiah percuma, penghantaran percuma, serta pelan ansuran 0% apabila membuat pembayaran. 30 pelanggan pertama yang membuat pembelian mesin basuh juga akan dibekalkan pencuci pakaian selama setahun.

samsung shopee

Dalam pada itu, Samsung turut menawarkan baucar bernilai sehingga RM50,000 (maksimum baucar bernilai RM220) yang boleh digunakan pada 23 Julai ini. Untuk promosi lain, terdapat potongan harga bagi peranti Samsung dimana pengguna boleh mendapatkan Galaxy Note10+ pada harga RM3099, Galaxy Buds berharga RM279, hadiah percuma bernilai sehingga RM1,799 serta lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari Shopee di https://invol.co/clrdk3.