Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sampel gambar OnePlus 9

Sampel Gambar Ultra Lebar Dari Kamera 50MP OnePlus 9 Diperlihatkan

Diterbitkan Mac 11, 2021 · Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, OnePlus telah mengesahkan siri OnePlus 9 yang akan dilancarkan pada 23 Mac ini akan menggunakan sensor Sony IMX789 untuk kamera utama. Terbaru, syarikat itu turut mendedahkan kamera ultra lebar akan menggunakan sensor Sony IMX766.

Capture beautiful ultra-wide photos with the #OnePlus9Series.

Learn more: https://t.co/1emddh5FvZ pic.twitter.com/b62Sg4bEfV

— OnePlus India (@OnePlus_IN) March 9, 2021

Kamera ultra lebar ini bakal hadir dengan resolusi 50MP yang didatangkan dengan lensa bebas (freeform lens), di mana ia dikatakan akan mengurangkan distortion daripada 20% kepada kira-kira 1%.

Dalam pada itu, CEO OnePlus, Pete Lau turut berkongsi beberapa sampel gambar di Twitter. Gambar di sebelah kiri dirakam dengan kamera konvensional dan mempunyai distortion.

Sementara itu, gambar kanan yang dirakam menggunakan sensor IMX766 hampir tidak kelihatan distortion. Pete Lau turut mengesahkan gambar berkenaan dirakam menggunakan OnePlus 9 Pro.

https://twitter.com/_PeteLau/status/1369506599505715202

Spekulasi mengatakan terdapat tiga model yang akan dilancarkan dalam siri OnePlus 9. Dengan itu, belum dapat dipastikan jika model yang lain juga akan dimuatkan dengan sensor IMX766 atau hanya versi “Pro” yang dilengkapi sensor ini.

Sehingga itu, nantikan sahaja pengumuman rasmi dari OnePlus pada acara yang akan berlangsung 23 Mac ini.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY