Sambut Ulang Tahun Ke-10 AirAsia BIG Loyalty Dan Dapatkan 888 Mata Ganjaran BIG Menerusi Permainan “Points Catcher”

Sertai permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG.


Sempena ulang tahun ke-10 operasi pada tahun ini, AirAsia BIG Loyalty telah melancarkan permainan “Points Catcher” dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG bagi memberi ganjaran kepada 25 juta ahlinya.

Kapsyen: Aplikasi AirAsia BIG boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store untuk peranti Android atau dari Apple App Store untuk peranti iOS.


Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, AirAsia BIG akan memberikan lebih daripada 6 juta Mata Ganjaran BIG bermula sejak 15 Januari lalu sehingga ambang Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020.

Dalam tempoh tersebut, ahli BIG boleh log masuk ke dalam aplikasi mudah alih AirAsia BIG untuk bermain dengan permainan yang diinspirasikan daripada mesin claw. Melaluinya, pemain perlu menggerakkan pencengkam dan memilih emoji oren yang mengandungi pelbagai denominasi Mata Ganjaran BIG dengan nilai tertinggi 888 Mata Ganjaran BIG.



Ahli BIG juga digalakkan untuk log masuk ke dalam permainan setiap hari. Ini kerana sepanjang kempen berjalan, pengganda Mata Ganjaran akan ditawarkan. Ia akan meningkatkan dan menggandakan mata ganjaran yang dimenangi pada hari berkenaan.

Tahap gandaan akan meningkat setiap hari setiap kali ahli log masuk ke permainan ini.

Program kesetiaan AirAsia BIG Loyalty kini mempunyai 700,000 pendaftaran baharu setiap bulan, dengan 6 anggota terbesar iaitu Malaysia (4 juta ahli), China (3.3 juta), Thailand (2.6 juta), India (1.4 juta), Filipina (1.4 juta) dan Indonesia (1.3 juta).


Untuk info lanjut berkenaan ganjaran sempena sambutan 10 tahun ini, sila layari laman AirAsia BIG Loyalty.