Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
saman rm50 pmx

Saman Dikeluarkan JPJ Dan Polis Akan Digabung Dalam Satu Pengkalan

Diterbitkan Januari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai tahun depan, saman dikeluarkan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disepadukan dalam satu pangkalan data.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, langkah integrasi itu membolehkan sistem saman yang dikeluarkan dua agensi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

trafik jammed kereta

Selain itu, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan terhadap Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Tambah Datuk Isham lagi, jika individu mendapat saman daripada polis atau JPJ, sistem akan dapat rekodkan maklumat itu dengan cepat dan tidak perlu bergantung kepada kemasukan secara manual seperti sekarang.

Berkaitan

  • Cara Perbaharui Lesen Secara 'Online'
  • MyKad Hilang Atau Rosak? Ini Cara Tukar IC Secara 'Online'
  • PDRM Kesan Modus Operandi Penipuan Baharu Melalui Penggunaan Fail APK
  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank
  • Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam
  • Peruntukan RM30 Juta Diluluskan Untuk Kamera Badan PDRM
  • iOS 17 Mungkin Hanya Ada 'Sedikit' Perubahan Besar, Tumpuan Untuk Set AR/VR

Dengan itu, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan dan mempunyai mata demerit dapat dikenakan tindakan ketika mahu memperbaharui lesen atau cukai jalan dengan lebih mudah berdasarkan status saman pesalah yang ada dalam sistem.

Waktu ini, sistem KEJARA mengambil masa kerana apabila maklumat mengenai sesuatu saman yang dikeluarkan perlu direkodkan masuk ke dalam sistem secara manual.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY