Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apk scam

PDRM Kesan Modus Operandi Penipuan Baharu Melalui Penggunaan Fail APK

Diterbitkan September 14, 2022 · Dikemas kini Jun 19, 2023 oleh Amalina Athman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan kewujudan modus operandi penipuan baharu yang menggunakan fail Android Package Kit (APK), di mana boleh mengakibatkan mangsa kehilangan wang dalam akaun bank mereka.

Berkaitan

  • Awas Dengan Scam SMSSpy Dan 8 Laman Sesawang Ini - PDRM
  • PDRM Kesan 106,764 Alamat IP Kongsi Pornografi Kanak-Kanak
  • PDRM Masih Teliti Dakwaan Meta Yang Mengaitkan Polis Dengan 'Troll Farm'

Melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PDRM menyatakan lima individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan sedemikian telah ditahan. Kesemua mereka adalah warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 hingga 21 tahun.

Dinyatakan, taktik yang digunakan oleh mereka adalah dengan mencipta akaun palsu di laman sembang terkenal, sebelum memperdaya mangsa sehingga memuat turun fail APK berkenaan. Seterusnya, aplikasi yang berjaya dipasang akan mengakibatkan berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun mangsa.

Sebagai langkah pencegahan, PDRM menyeru orang awam untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan seperti berikut:

  • Tidak memuat turun dan memasang fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu yang tidak dikenali.
  • Elakkan memasang aplikasi APK dari sumber tidak sah.
  • Keselamatan sistem SMS pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ianya akan menerima SMS One Time Password (OTP) daripada pelbagai aplikasi di telefon pintar. Elakkan memasang aplikasi SMS dari sumber yang mencurigakan.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut melalui CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY