Cara Perbaharui Lesen Secara 'Online'

Dalam waktu-waktu pandemik begini, banyak urusan sudah tidak relevan untuk dilakukan secara fizikal. Bukan sahaja atas isu kesihatan namun juga faktor tenaga dan masa.

MyEG adalah laman web yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti semakan saman dan urusan memperbaharui lesen. Ini langkah perbaharui lesen kenderaan melalui laman MyEG:

  1. Masuk ke laman MyEG, https://www.myeg.com.my

  2. Klik pada Log in.

    • Jika anda belum mempunyai akaun, cipta dahulu dengan klik "Create Account".



  3. Klik pada petak "Jabatan Pengangkutan Jalan"

  4. Klik "Driving Licence Renewal/Perbaharui Lesen Memandu"




  5. CLD Application Terms - Syarat Permohonan CDL

    • Tatal ke bawah dan tekan "Proceed/Teruskan".



  6. User Info - Maklumat Pengguna

    • Isi semua maklumat dengan tepat.

    • Untuk "Kaedah Pengambilan", pilih "Penghantaran" yang satu-satunya tersedia.

    • Klik "Proceed/Teruskan",

    • Sebuah 'pop-up' akan keluar untuk anda sahkan semua maklumat adalah tepat.

    • Tanda dan klik "Proceed/Teruskan".



  7. User Info - Maklumat Pengguna

    • Maklumat yang diisi tadi anda akan terpapar.

    • Tatal ke bawah untuk mengetahui jumlah bayaran.

    • Klik "Proceed/Teruskan".



  8. CDL Application Terms - Syarat Permohonan CDL

    • Halaman ini memaparkan lesen yang bakal dicetak.

    • Terdapat dua pilihan sama ada untuk mengakui semua maklumat benar atau akui terdapat kesalahan dalam maklumat dipaparkan.

    • Tanda pada pilihan pertama jika semua maklumat tepat dan klik "Proceed/Teruskan".



  9. Select Payment - Pilihan Bayaran

    • Pilih "Other Payments" jika anda ingin membayar melalui perbankan dalam talian (FPX) dan melalui kad kredit.



  10. Pilih kaedah pembayaran, sama ada kad kredit atau perbankan (FPX).

  11. Tanda untuk bersetuju dengan syarat dan tekan pada pilihan yang sama.

  12. Pilih bank anda dan masukkan alamat e-mel. Tekan 'Submit.'

    • Anda akan dibawa ke laman bank anda. Teruskan seperti transaksi biasa.



  13. Selesai. Anda boleh semak status permohonan dan penghantaran di SINI.


Pastikan anda berada di lokasi penghantaran semasa penghantaran berlaku kerana penghantar akan meminta kad pengenalan dan melakukan pengesahan dari anda sendiri sebelum menyerahkan lesen baharu tersebut.

Baca juga: