Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 17 concept

iOS 17 Mungkin Hanya Ada ‘Sedikit’ Perubahan Besar, Tumpuan Untuk Set AR/VR

Diterbitkan Januari 9, 2023 ยท Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh Amalina Athman

iOS 17 kini dilapor mungkin tidak menjadi keutamaan Apple, memandangkan syarikat itu akan lebih menumpukan kepada set AR/VR akan datang.

Berkaitan

  • Apple Dijangka Lancar Set Kepala AR/VR Tahun 2023, Guna Sistem Operasi Baharu
  • Apple Dikatakan Dalam Usaha Untuk Lancar AirPods Bajet
  • Apple Watch Ultra 2.1 Inci Mungkin Dilancarkan Pada 2024
  • Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple telah berusaha membangunkan set kepala AR/VR dan sistem operasi yang bakal disertakan, xrOS, selama beberapa tahun. Dengan pelancaran set kepala yang dijangka pada 2023, jurutera Apple akan kurang memfokuskan pada sistem operasi lain, termasuk iOS 17 dan iPadOS 17 akan datang.

Gurman menyatakan, iOS 17 dengan nama kod “Dawn” mungkin hanya mempunyai sedikit perubahan besar daripada yang dirancang pada asalnya. Tambah Gurman, perkara yang sama juga akan berlaku untuk macOS 14, yang diberi nama kod “Sunburst”.

Untuk rekod, Apple dikatakan telah merancang untuk melancarkan set kepada AR dengan sistem operasi sendiri, App Store dan cip yang dikhususkan sejak 2019. Namun, sehingga tahun 2022, ia masih tidak menjadi kenyataan. Terbaharu, Apple dikhabarkan telah menyasarkan pengenalan set kepala itu pada musim bunga tahun ini.

Menjadi kenyataan atau tidak untuk tahun ini, nantikan sahaja pengumuman Apple kelak.

Gambar utama: Concept Central

Sumber: Mark Gurman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY