Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Menghasilkan Kanta Lekap Dengan Ciri Zum Masuk Dan Keluar

Saintis Menghasilkan Kanta Lekap Dengan Ciri Zum Masuk Dan Keluar

Diterbitkan Julai 31, 2019 · Dikemas kini Julai 31, 2019 oleh ariff bukhari

Bayangkan jika tengah memandu, mata anda terkelip 2 kali…

Dilaporkan ahli saintis dari University of California San Diego telah berjaya menghasilkan kanta lekap yang boleh zum masuk apabila dikelipkan mata 2 kali.

Kanta lekap bionik ini dikawal menerusi pergerakan kecil mata termasuklah kelipan bagi mengaktifkan ciri zum masuk dan zum keluar.

Mata manusia secara asasnya memiliki aliran elektrik kecil yang stabil di bahagaian hadapan dan belakangnya, sama ada ketika mata dibuka mahupun ditutup ataupun ketika berada di dalam keadaan gelap gelita.

Setiap kali mata digerak, saintis dapat mengukur arus elektrik yang dihasilkan.

Menurut ketua penyelidik bernama Shengqiang Cai dari universiti itu berkata, walaupun mata tidak dapat melihat (buta), pergerakan bola mata tetap berlaku dan menghasilkan isyarat eletrik yang dikenali sebagai electro-oculographic.

Jadi lensa kanta lekap yang diperbuat daripada bahan polimer itu akan mengembang apabila arus elektrik diaplikasikan ke atasnya.

Ia dikawal menggunakan 5 elektrod yang meliputi mata dan bertindak seakan otot. Arus elektrik menjadikannya cembung sekaligu membolehkan imej di zum masuk.

Para penyelidik berharap teknologi ini mampu menghasilkan mata prostetik atau kamera yang mampu dikawal hanya menggunakan pergerakan mata.

Anda boleh dapatkan info lebih lanjut tentang penyelidikan yang sedang dijalankan ini dalam kertas penyelidikan yang bertajuk ‘A Biomimetic Soft Lens Controlled by Electrooculographic Signal‘.

Sumber: Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY