Robert Downey Jr. (RDJ) yang terkenal sebagai “Iron Man” dalam filem terbitan Marvel kini menjadi duta rasmi bagi cermin mata realiti terimbuh (AR) terbaru keluaran Snap, iaitu SPECS. Kerjasama ini menandakan usaha agresif Snap untuk memperkenalkan teknologi AR kepada pengguna arus perdana melalui figura yang sinonim dengan inovasi dan teknologi. RDJ akan membintangi siri video…
Kategori: Sains & Teknologi
Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
Eksport global logam nadir yttrium dilaporkan tergendala, sekali gus mencetuskan apa yang diuraikan oleh pegawai Jepun sebagai “krisis bekalan dan permintaan”, dengan laporan Financial Times menyatakan bahawa Tokyo berdepan risiko kehabisan bekalan logam kritikal itu dalam tempoh beberapa bulan. Yttrium merupakan bahan teras yang amat penting dalam pembuatan barangan elektronik pengguna, LED, enjin penerbangan, peralatan…
Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
Sebuah kapal angkasa Jepun sedang berada dalam perjalanan ke salah satu bulan planet Marikh pada Selasa menerusi satu misi julung kali di dunia untuk mengambil sampel, yang berpotensi membantu merungkaikan asal usul Sistem Suria serta kehidupan di Bumi. Roket utama H3 yang membawa penyelidik tanpa pemandu Martian Moons eXploration (MMX) berlepas ke angkasa pada jam…
RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) mencatatkan sejarah baharu dalam industri pengangkutan negara dengan melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk operasi di jalan raya awam. Pencapaian ini menjadikan ALS syarikat tempatan pertama yang mengendalikan kenderaan tanpa pemandu sepenuhnya di jalan raya awam Malaysia dengan nombor pendaftaran yang sah.. Nombor pendaftaran yang sah…
Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
Pengendali kereta api Jepun, East Japan Railway Company (JR East), sedang membangunkan sistem pintu tiket menggunakan teknologi Ultra-Wideband (UWB) yang membolehkan penumpang melepasi pintu tiket tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar daripada poket atau beg. Teknologi tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Suica Renaissance yang bertujuan memperkenalkan pengalaman perjalanan lebih mudah melalui sistem pembayaran dan tiket digital….
Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
Honda mengumumkan kejayaan membangunkan teknologi asas bagi sistem pengecasan tanpa wayar untuk kenderaan elektrik (EV) yang boleh mengecas bateri ketika kenderaan sedang bergerak. Malah teknologi yang dibangunkan bersama Taisei Corporation dan Taisei Rotec ini bukan menyasrkan untuk kereta penumpang sahaja tetapi juga lori komersial bersaiz besar. Sistem ini menggunakan teknologi pemindahan kuasa tanpa wayar melalui…
