Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV

PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV

Diterbitkan November 10, 2026 ยท Dikemas kini November 10, 2026 oleh ariff bukhari

PROTON hari ini secara rasminya mengumumkan nama rasmi teknologi enjin hibrid generasi baharunya yang dikenali sebagai i-HEV (Intelligent Hybrid Electric Vehicle), yang bakal digunakan pada model akan datang.

Teknologi ini dibangunkan bagi menawarkan gabungan kecekapan bahan api, prestasi lebih lancar dan pengalaman pemanduan yang lebih moden tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Sistem i-HEV menggunakan enjin hibrid khusus berkapasiti 1.5 liter yang menghasilkan 111 PS dan 136 Nm tork.

PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
PROTON i-HEV menggabungkan enjin petrol 1.5L kitaran Atkinson, dua motor elektrik dan sistem pengurusan tenaga pintar, i-HEV direka untuk menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap serta prestasi pemanduan yang lancar dan responsif.

Menurut Proton, enjin ini mencapai kecekapan haba setinggi 46.5 peratus melalui penggunaan kitaran Atkinson, yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api.

Bagi melengkapkan sistem tersebut, PROTON menggabungkan transmisi hibrid khas (DHT) bersama dua motor elektrik.

PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
Teknologi PROTON i-HEV akan membuat kemunculan sulungnya menerusi model baharu dengan nama kod AMA 0.
PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV

Motor P1 berfungsi sebagai penjana kuasa dan penghidup enjin, manakala motor P3 bertanggungjawab memacu kenderaan serta memulihkan tenaga ketika membrek.

Motor utama mampu menjana sehingga 163 PS dan 220 Nm tork.

Sistem ini boleh beroperasi dalam empat mod berbeza, iaitu mod elektrik penuh (EV), mod siri, mod selari dan mod pemanduan terus.

Pertukaran antara mod dilakukan secara automatik mengikut keadaan pemanduan bagi memastikan tahap kecekapan optimum.

PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV

i-HEV turut dilengkapi bateri 1.38 kWh yang dicas melalui sistem brek regeneratif dan enjin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk pengecasan menggunakan kabel.

Ini membolehkan pengguna menikmati kelebihan pemanduan elektrik sambil mengekalkan kemudahan mengisi petrol seperti biasa.

Pengenalan sistem hibrid pintar i-HEV oleh PROTON ini hadir pada masa syarikat itu sedang memperkukuh keupayaan rangkaian kuasanya di peringkat tempatan.

PROTON menyatakan, pengeluaran komponen utama seperti Dedicated Hybrid Engine (DHE), Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dan Electric Drive Unit (EDU) secara tempatan akan membantu mengukuhkan pembangunan teknologi automotif elektrik di Malaysia serta menyokong rantaian bekalan industri negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY