Ia termaktub di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Susulan daripada insiden yang membabitkan penyalahgunaan nama Perdana Menteri oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dibuat menerusi hantaran e-mel dan sebaran laman sesawang, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap insiden itu.
Pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama Perdana Menteri dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi beliau bagi mempromosikan perniagaan Bitcoin.
Oleh itu, pihak SKMM mengingatkan kepada para pengguna bahawa kewujudan dan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu adalah satu bentuk jenayah siber.
Ia adalah kesalahan yang terletak di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000.00 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
SKMM juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Sekiranya anda ada berdepan dengan sebarang penipuan siber, SKMM meminta orang ramai supaya tampil membuat aduan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat tindakan susulan dengan segera.
Berkaitan
- Isu Capaian Internet Di Kg. Pangi Mendapat Perhatian SKMM
- Jenayah Rasuah Didakwa Menular Dalam E-Sukan, Dibimbangi Akan Merosakkan Integriti Pertandingan Ini
- SKMM Bersama Industri Menawarkan Pakej Khas Sempena Bulan Kemerdekaan
- SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1
- Radiasi Dari Infrastruktur Komunikasi Di Kawasan Kediaman Tidak Memudaratkan Kesihatan Orang Awam - SKMM
- SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)
- MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS
- Serangan Siber Meningkat, Rakyat Tidak Perlu Panik - Timb. Menteri Komunikasi
- Huawei Berdepan 1 Juta Serangan Siber Setiap Hari
- SKMM Menyokong Pelan Pemulihan Negara