Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RPL in card PR Image-BM

Ryt PayLater Kini Boleh Digunakan Dengan Kad Ryt

Diterbitkan April 23, 2026 oleh Amalina Athman

Ryt Bank hari ini memperkenalkan integrasi baharu dalam ekosistem pembayarannya yang membolehkan pengguna menikmati ciri Ryt PayLater secara terus menerusi kad Ryt.

Melalui penambahbaikan ini, akses Ryt PayLater tidak lagi terhad kepada DuitNow QR, malah diperluas kepada pembayaran kad. Ini bermakna pengguna kini boleh memanfaatkan ciri ‘beli sekarang bayar kemudian’ merentasi pelbagai platform, sama ada melalui imbasan QR, transaksi dalam talian, atau pembayaran kad di terminal fizikal.

Dengan sokongan DuitNow QR dan Visa, ciri ini boleh digunakan di mana sahaja Kad Ryt atau DuitNow QR diterima. Pendekatan ini berbeza dengan kebanyakan perkhidmatan BNPL yang biasanya terhad kepada rakan niaga atau platform tertentu.

Ryt PayLater menawarkan sehingga RM1,499 kredit segera kepada pengguna yang layak. Pengguna juga boleh menikmati faedah 0% sekiranya baki dijelaskan dalam kitaran penyata pertama.

Sempena pelancaran, pengguna baharu ditawarkan pulangan tunai 1.2% untuk transaksi PayLater yang layak. Selain itu, pengguna baharu kad fizikal Ryt boleh menikmati pulangan tunai RM12 selepas melengkapkan lima transaksi minimum RM20 setiap satu.

Dalam perkembangan lain, Ryt Bank turut memberi gambaran awal mengenai pelancaran Ryt Invest tidak lama lagi, iaitu produk pelaburan yang akan diintegrasikan sepenuhnya ke dalam aplikasi.

Berkaitan

  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Google Pay - Ini Cara Tambah
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Ryt Bank Tawar Duit Raya Sehingga RM99, Ini Cara Dapatkannya
  • Pengguna Kini Cecah 1.2 Juta, Ryt Bank Bakal Sokong Kad Ryt PayLater

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY