Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ryt Bank Tawar Duit Raya Sehingga RM99, Ini Cara Dapatkannya

Posted on Mac 18, 2026

Ryt Bank meneruskan momentum kejayaan kempen Tahun Baru Cina dengan memperkenalkan inisiatif Duit Raya digital sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Selepas lebih 500,000 Angpau digital dikongsi, bank digital berasaskan AI ini kini menawarkan ganjaran sehingga RM99 bagi setiap pendaftaran berjaya di mana ia lebih tinggi berbanding RM88 sebelum ini.

Cara Dapat Duit Raya Ryt Bank

Untuk menikmati ganjaran ini, caranya mudah:

  • Muat turun aplikasi Ryt Bank
  • Daftar akaun baharu
  • Masukkan kod rujukan daripada pengguna sedia ada
  • Aktifkan akaun

Selepas itu, kedua-dua pengguna baharu dan pemberi rujukan akan menerima Duit Raya digital. Menariknya, tiada had rujukan dikenakan sepanjang tempoh kempen.

Populariti Ryt Bank turut meningkat apabila aplikasinya pernah menduduki carta teratas App Store dan Google Play di Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, Ryt Bank turut menawarkan pulangan simpanan sehingga 4% setahun tanpa lock-in, serta pulangan tunai 1.2% untuk pembayaran QR melalui Ryt PayLater.

Kempen ini telah bermula sejak 5 Mac 2026, menjadikannya antara inisiatif Duit Raya digital paling menarik tahun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress