Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RytBank_wisermy image_1

Pengguna Kini Cecah 1.2 Juta, Ryt Bank Bakal Sokong Kad Ryt PayLater

Diterbitkan April 14, 2026 · Dikemas kini April 14, 2026 oleh Amalina Athman

Ryt Bank kini mencatat lebih 1.2 juta pengguna dalam tempoh sekitar tujuh bulan selepas dilancarkan pada Ogos 2025.

Dalam tempoh sama, platform ini telah memproses lebih 25 juta transaksi, dengan transaksi bulanan meningkat lebih 35 kali ganda sejak pelancaran.

Copy of 1.2Mil Users PR Image_v2_PR-BM

Integrasi Ryt AI dalam aplikasi Ryt Bank turut dilihat memainkan peranan penting apabila hampir separuh daripada pengguna telah mula menggunakannya.

Penggunaan ciri ini merentasi pelbagai peringkat umur, termasuk dalam kalangan pengguna berusia 50 tahun ke atas. Berdasarkan data yang dikongsikan, pengguna yang menggunakan Ryt AI cenderung membuka aplikasi hampir dua kali ganda lebih kerap berbanding pengguna lain, menunjukkan tahap penggunaan yang lebih konsisten.

Seiring perkembangan ini, Ryt Bank dijangka memperluas penawaran perkhidmatan melangkaui transaksi harian. Dalam beberapa minggu akan datang, bank ini akan memperkenalkan Ryt PayLater pada Kad, yang membolehkan pengguna memilih untuk membayar sekarang atau kemudian menggunakan satu kad yang sama, serta Ryt Invest yang membolehkan pengguna mula melabur secara terus dalam aplikasi.

Berkaitan

  • Bukan Sekadar Bank Digital Biasa, Ini Bezanya Ryt Bank
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Google Pay - Ini Cara Tambah
  • Ryt Bank Tawar Duit Raya Sehingga RM99, Ini Cara Dapatkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY