Hanya peranti yang sedia dipasang dengan aplikasi buatan Rusia sahaja akan dibenarkan dijual di dalam negara itu.
Parlimen Rusia dilaporkan sudah meluluskan undang-undang mandatori iaitu mana-mana model peranti pintar yang hendak dijual dalam negara itu mestilah turut sedia dipasang dengan aplikasi yang dibangunkan oleh negara tersebut.
Penguatkuasaan undang-undang itu akan bermula dari bulan Julai 2020 nanti. Menurut laporan oleh BBC, ia tidak hanya terhad pada telefon pintar sahaja tetapi juga turut meliputi komputer dan televisyen pintar.
Tambahan lagi, ia turut dikatakan bertujuan untuk mempromosi teknologi Rusia, selain memudahkan pengguna dalam negara itu lebih mudah menggunakan gajet yang dibeli mereka.
Walaubagaimanapun, tindakan Rusia itu telah menyebabkan timbulnya kebimbangan dalam kalangan pengeluar terhadap isu aktiviti pengintipan terhadap pengguna mereka.
Malah pihak RATEK (The Association of Trading Companies and Manufacturers of Electrical Household and Computer Equipment) dari Rusia sendiri menyatakan tidak setuju dengan penguatkuasaan undang-undang tersebut.
Hal ini kerana ia adalah mustahil untuk sebahagian peranti dari pengeluar asing bersedia memasang peranti mereka dengan aplikasi dari Rusia. Tindakan itu hanya akan menyebabkan pengeluar peranti lari dari pasaran negara terbabit.
Pihak Rusia kini giat mengetatkan lagi kawalan ke atas akses internet di dalam negara mereka. Para pengkritik melihat Rusia kini cuba mengawal akses internet rakyat mereka sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan China.
Berkaitan
- Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android Sehingga 5 Tahun
- Biarpun Lebih 40 Juta Pelanggan, Tapi Hanya Sedikit Sahaja Aduan Berkaitan Internet Dibuat
- Tonton Secara Percuma Piala Dunia Qatar 2022 Dengan Astro Fibre & Bundles TV
- Facebook Saman Pembangun Aplikasi Asia Kerana Memasang Perisian Hasad Pada Aplikasi Android
- Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
- Tidak Pernah Dibuka Kotak, iPhone 8GB Gen-1 Dilelong Lebih RM300 Ribu
- CelcomDigi Bekerjasama Dengan Jenama Terkemuka, Pelanggan Boleh Dapat TV Samsung 75 Inci, PS5 Dan Banyak Lagi
- Anda Patut Segera Aktifkan Ciri Keselamatan Terbaru iPhone Ini
- Samsung SmartThings Diintegrasi Dengan Produk Hyundai Dan Tesla
- Pengguna iPhone Dicadang Membersihkan Telefon Pintar Mereka Dengan Clorox Atau Alkohol